Februari 26, 2024 5:03 pm

Laman Sesawang Rasmi

JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH

Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah JPP Sabah

Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah JPP Sabah telah diadakan pada 6 Dis 2023 bertempat di Shangri-La Tg Aru dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap KKRS , YBhg. Datuk Ridhwan @ Roger Linus. Majlis juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Tuan Alexander S. Kunghi, Ketua – Ketua Jabatan dibawah KKRS, Wakil pihak BigonS dan Pegawai – Pegawai daripada KKRS

Operation Maintenance and Energy Saving for Sewage Treatment

Pihak BKPAS dengan kerjasama BPP dan BPPSM telah menganjurkan satu sesi kursus OPERATION MAINTENANCE AND ENERGY SAVING FOR SEWAGE TREATMENT pada 29 & 30 November 2023 yang dihadiri daripa pihak ibu pejabat dan JPP Bahagian/Daerah.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang dua hari kursus. Semoga segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat membantu terutamanya dalam aspek pengurusan tenaga yang efisien dan mampan dalam pengoperasian aset pembetungan JPP Sabah.

Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah 2023

Setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Pembetungan Daerah Beaufort kerana menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) Tahun 2023 yang diadakan pada 02 November 2023, dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu.

JPP Beaufort daripada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah telah dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Bidang Penyampaian Perkhidmatan -Kreatif) .

Syabas dan Tahniah!

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content