JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN

BAHAGIAN KOTA KINABALU

Jurutera Pembetungan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Kota Kinabalu, Regional Sewerage Treatment Plant -Southern Catchment Jln Penampang Bypass 88300 Kota Kinabalu

Perutusan Jurutera Pembetungan Bahagian

Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan di Laman Sesawang Rasmi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Bahagian Kota Kinabalu. Laman Sesawang ini juga diharap dapat membantu dalam memudahkan penyampaian maklumat penting berkenaan fungsi dan perkhidmatan pembetungan diakses dengan mudah serta aduan daripada pengguna dapat disalurkan kepada jabatan ini dengan tepat dan cepat.

Saya juga ingin mengajak seluruh warga JPP Sabah untuk memulakan tahun 2024 dengan semangat yang lebih kental dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Saya berharap agar semua warga JPP Sabah terus bersedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini serta relevan dengan senario semasa bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Marilah kita bersama-sama merapatkan ukhwah, mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan berganding bahu dalam meningkatkan imej JPP Sabah agar berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seterusnya memacu kecemerlangan dan kegemilangan JPP Sabah. Mudah – mudahan JPP Sabah akan terus menjadi sebuah agensi yang sentiasa tangkas dan cekap dalam memperkasakan keselamatan perlindungan secara holistik, bersepadu, berimpak tinggi, berkesan dan relevan.

Sekian dan Sabah Maju Jaya

Ir. Ts. JENNI ALLIVIANNA SUALLIH

Jurutera Pembetungan Bahagian Kota Kinabalu

Jurutera Gred J41

Visi

Kearah Perkhidmatan Pembetungan Yang Mampan Untuk Melindungi Kesihatan Awam, Sumber Air Dan Alam Sekitar

Misi

Untuk menaiktaraf pembangunan Sosio-Ekonomi dengan menyediakan prasarana fizikal yang teguh melalui Kemudahan-kemudahan Pembetungan dan Pengurusan Operasi serta Penyelenggaraan Aset Pembetungan

Objektif

Untuk menyediakan kemudahan pembetungan yang efektif dan efisien, bagi memastikan perlindungan kesihatan awam dan memulihara sumber air semula jadi secara berterusan

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan JPP Sabah merupakan satu bentuk komitmen bertulis jabatan terhadap penyampaian sesuatu perkhidmatannya kepada pelanggan secara terbuka, jelas dan telus.

1. Perbelanjaan – Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada peruntukan tahunan dibelanjakan

2. Projek – Memastikan pelaksanaan projek mengikut kualiti, masa dan kos yang ditetapkan

3. Permohonan – Memproses permohonan pelan pembangunan dalam tempoh masa 30 hari bekerja

4. Aduan – Memastikan maklumbalas terhadap aduan diambil tindakan dalam tempoh masa 3 hari bekerja

Fungsi

1. Pembangunan – Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur pembetungan

2. Operasi – Merancang, mengurus dan memantau pengendalian dan penyelenggaraan aset pembetungan JPP Sabah

3. Perbelanjaan – Merancang dan mengawal perbelanjaan agar dapat digunakan dengan efektif

4. Kejuruteraan – Mengawal rekabentuk dan kualiti pembinaan projek yang dilaksanakan agar mematuhi spesifikasi dan piawaian

5. Khidmat Nasihat – Memberi Khidmat nasihat teknikal berkaitan pembetungan kepada agensi kerajaan dan swasta

6. Hasil – Mengutip caj perkhidmatan pembetungan dan seterusnya menjana hasil kepada kerajaan Negeri

Tanggungjawab

1. Pembangunan – Memberi tumpuan kepada pembangunan yang efektif, efisyen dan bersesuaian

2. Operasi – Memastikan aset pembetungan sentiasa berfungsi dan memberi perkhidmatan yang cekap

3. Kesihatan – Membantu meningkatkan taraf kesihatan awam dan kualiti alam sekitar melalui perkhidmatan dan pengurusan pembetungan yang sistematik

4. Undang-undang – Menguatkuasakan Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017

Sejarah

JPP Sabah menjalankan fungsi dan puncakuasa di bawah Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 bagi mengurus tadbir hal ehwal pembetungan di Negeri Sabah. Penubuhan JPP Sabah ini dapat memberi penumpuan sepenuhnya kepada hal-hal pembetungan Negeri dalam bentuk perundangan serta penguatkuasaan. Di samping itu, ia juga membolehkan pihak Kerajaan mengagihkan peruntukan secukupnya bagi maksud pembangunan, mengendali, menyelenggara dan kutipan hasil cukai perkhidmatan pembetungan untuk menampung perbelanjaan operasi ke atas infrastruktur pembetungan yang dibangunkan dan yang sedia ada di selenggara secara berkesan dan berterusan.

Penubuhan

Pada awalnya, perkhidmatan pembetungan di Negeri Sabah adalah berada di bawah Public Health Ordinance 1960 dan Local Government 1961. Pengurusan perkhidmatan pembetungan ini dikendalikan oleh tiga agensi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Kerja Raya Sabah.

Carta Organisasi

Borang maklum balas


Alamat

Jurutera Pembetungan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Kota Kinabalu, Regional Sewerage Treatment Plant -Southern Catchment Jin Penampang Bypass 88300 Kota Kinabalu

Hubungi Kami

Media Sosial

Sebarang aduan dan pertanyaan hendaklah melalui nombor yang tertera diatas

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah

Skip to content