LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG JPP SABAH

Pada awalnya, perkhidmatan pembetungan di Negeri Sabah adalah berada di bawah Public Health Ordinance 1960 dan Local Government 1961. Pengurusan perkhidmatan pembetungan ini dikendalikan oleh tiga agensi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Kerja Raya Sabah.

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah merupakan sebuah agensi Kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) Negeri Sabah. JPP Sabah menjalankan fungsi di bawah Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 bagi mengurus tadbir hal ehwal pembetungan di Negeri Sabah. Penubuhan JPP Sabah ini dapat memberi penumpuan sepenuhnya kepada hal-hal pembetungan Negeri dalam bentuk perundangan serta penguatkuasaan. Disamping itu, ia juga membolehkan pihak Kerajaan mengagihkan peruntukan secukupnya bagi maksud pembangunan, mengendali, menyelenggara dan kutipan hasil cukai perkhidmatan pembetungan untuk menampung perbelanjaan operasi ke atas infrastruktur serta sistem pembetungan yang dibangunkan dan yang sedia ada diselenggara secara berkesan dan berterusan.