Februari 25, 2024 11:09 pm

Laman Sesawang Rasmi

JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH

Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Dan Rangkaian Paip Pembetungan Bagi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Fasa 1

Latar Belakang

Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) terletak di utara Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, KKIP adalah projek kerajaan negeri yang telah ditetapkan sebagai nukleus pertumbuhan bagi negeri ini. Tujuannya adalah untuk mempermudah pembangunan ekonomi serta penggunaan sumber asli negara secara optimum.

Dalam Program Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menambah baik kemudahan rawatan kumbahan di KKIP dengan menyediakan peruntukan untuk menjalankan kajian dan penyediaan Pelan Induk Pembetungan di KKIP serta rekabentuk kejuruteraan terperinci bagi Fasa 1.

Sebahagian besar kawasan KKIP adalah dalam kawasan Parlimen P171Sepanggar, DUN Karambunai dan sebahagian kecil lagi dalam kawasan Parlimen P170 Tuaran, DUN Pantai Dalit.

Gambar di atas menunjukkan kawasan KKIP (8,320 acres). KKIP terbahagi kepada 2 fasa. Namun, cadangan projek ini hanya tertumpu pada FASA 1 sahaja. Kajian dan rekabentuk kejuruteraan terperinci telah dilaksanakan pada tahun 2017 oleh UM Jurutera & Associates.

Pengenalan Projek

Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan bagi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Fasa 1 adalah membina sistem rangkaian paip pembetungan sepanjang 28 kilometer panjang di kawasan KKIP, 8 stesen pam serta loji rawatan kumbahan berpusat dengan kapasiti 100,000 PE.

Objektif Projek

A. Menyediakan sistem rawatan kumbahan berpusat dan rangkaian paip pembetungan bagi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) sehingga tahun 2040 dan mematuhi Kategori 1, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Pelepasan efluen piawaian Standard A seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

 

B. Mengurangkan pencemaran dari pelepasan kumbahan tangki septik individu, tangki septik komunal dan loji rawatan kumbahan dengan kerja-kerja penyambungan dan rasionalisasi.

Kos Projek -RM 300 Juta

Kontraktor – Akif Jaya Sdn Bhd

Juruperunding – 

UM Jurutera & Associates

Peringkat Pembinaan – 

Tempoh Kontrak : 48 Bulan

Tarikh Mula : 11 Mei 2022

Tarikh Tamat : 10 Mei 2026

 
Kemajuan Projek Sehingga 31 Disember 2022

i) Kemudahan Loji Rawatan Berpusat : 10%

ii) Kemudahan Stesen Pam : 20%

iii) Rangkaian Paip Pembetungan:

  • Paip Pembetung Utama : 5%

  • Paip Pembetung Sekunder : 10%

  • Paip Pembetung Agihan : 15%


iv) Penyambungan Properti/Premis


v) Kemajuan Keseluruhan : 10%

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content