Operasi Bersepadu Perangkap Minyak Premis Makanan Yang diadakan pada 12/9/2024 (khamis).
Agensi yang terlibat ;
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Daerah Sandakan , Pegawai-pegawai daripada MPS yang terdiri daripada Ketua Jabatan Penguatkuasaan, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran , Ketua Jabatan Perlesenan dan Pegawai Kesihatan Kawasan Daerah Sandakan.
Bertempat di sekitar Bandar Labuk Jaya , Batu 7 Sandakan.
Hasil Pemeriksaan ;
1. Terdapat beberapa buah premis telah di kompaun atas kesalahan2 yang tertentu termasuk juga pembuangan minyak masak terpakai ke dalam inspection chamber & longkang.
2. Tiga (3) notis pemakluman telah dikeluarkan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Daerah Sandakan kepada premis yang melanggar EPP2017 antaranya ialah melepaskan efluen terlarang Fat, Oil & Grease (FOG) ke dalam sistem pembetungan & Menutup/Menghalang Lurang Kumbahan Milik Kerajaan.
3. MPS bersetuju untuk penguatkuasa JPP turut sama dalam operasi penguatkuasaan secara bersepadu yang seterusnya untuk kepatuhan peraturan pengurusan pembuangan sisa minyak dan kebersihan premis makanan.