Kunjungan hormat JPP Sabah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada 17/12/2024 telah menjadi platform penting untuk perbincangan isu-isu kecurian dan vandalisme. Hasil pertemuan ini membuka peluang untuk kolaborasi strategik antara PDRM Sabah dan JPP Sabah dalam usaha membanteras jenayah dan menjaga keselamatan aset pembetungan untuk kesejahteraan rakyat dan alam sekitar.