Kunjungan hormat Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPP Sabah) bersama rombongan serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ke Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) telah dilaksanakan pada 20 Disember 2024 bertempat di bilik mesyuarat JPBW. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan beberapa isu penting berkaitan dengan pembangunan, antaranya isu setback dan buffer zone dalam merancang projek pembangunan. Isu tersebut perlu dikaji dan diselaraskan bagi memastikan ia lebih teratur serta sesuai dengan keadaan pembangunan. Selain itu, isu berkaitan pemilikan tanah rezab pembetungan bagi pengambilan aset pembetungan daripada pihak pemaju juga dibincangkan. Lawatan ini turut dilaksanakan untuk membincangkan pelarasan SOP (Standard Operating Procedure) bagi pelan pembangunan agar ia lebih selaras dengan keperluan semasa, seterusnya dapat mempercepatkan proses kelulusan dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah.