Program Goal Setting Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah bagi Tahun 2025 telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2025 bertempat di The Palace Hotel Kota Kinabalu dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Setiausaha Tetap, Datuk Ridhwan Linus @ Roger Linus. Seramai 42 peserta dan 14 AJK telah hadir sepanjang program ini dijalankan. Program tahunan ini bertujuan memberi ruang kepada direktorat serta setiap bahagian, termasuk di peringkat daerah, untuk membincangkan sasaran yang telah dicapai pada tahun sebelumnya dan menetapkan sasaran baharu untuk tahun semasa. Selain itu, program ini dilaksanakan bukan sahaja untuk menetapkan sasaran strategik jabatan dan mengukur prestasi tahun sebelumnya, tetapi juga untuk merancang strategi pelaksanaan bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai secara berkesan, meningkatkan kualiti perkhidmatan, menggalakkan kerjasama, dan memupuk tanggungjawab kakitangan JPP Sabah.