Laman Sesawang Rasmi

SABAH SEWERAGE SERVICE DEPARTMENT

Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – APC) Tahun 2024

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - APC) Tahun 2024 sebagai tanda penghargaan kepada warga jabatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab perkhidmatan awam. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah (KKRS), bersama *YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus, *Setiausaha Tetap KKRS, serta *YBrs. Jasni Abu Suffyan Omar, *Timbalan Setiausaha Tetap KKRS. Majlis ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan warga JPPS, tetapi juga memperkukuh jalinan kerjasama antara KKRS, JPPS Sabah, JPP Persekutuan serta agensi-agensi berkaitan dalam memperkasa sistem pembetungan dan infrastruktur negeri ke arah masa depan yang lebih mampan.
wpChatIcon
wpChatIcon

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content