Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Keselamatan Siber 2025 dan Majlis Penyampaian Anugerah Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025 yang telah diadakan di Sipadan Hall III, Sabah International Convention Centre (SICC), Selasa lepas.
Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Keselamatan Siber 2025 turut dimeriahkan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025, yang memberi pengiktirafan kepada jabatan serta agensi kerajaan negeri atas usaha memperkukuh keberkesanan penyampaian maklumat serta perkhidmatan dalam talian kepada rakyat.
Dalam majlis tersebut, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah telah meraih tempat ketiga (second runner up) bagi kategori Bayucentric Innovator Award, sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif inovatif dalam pembangunan dan penyampaian laman web yang mesra pengguna dan berimpak tinggi.