Laman Sesawang Rasmi

SABAH SEWERAGE SERVICE DEPARTMENT

PROGRAM “OUTREACH” Jelajah JPP Sabah 2025 KE DAERAH TENOM DAN KENINGAU

Siri Program Outreach Jelajah JPP Sabah daripada Team Jelajah/Awareness telah melawat ke SMK. Entabuan, Tenom pada 26 Ogos 2025 dan SMK. Keningau Jaguh, Keningau pada 27 Ogos 2025 yang merangkumi pelajar dari Tingkatan 2, 3 dan 4 beserta beberapa guru-guru yang bertugas turut menyertai sesi taklimat tersebut. Pengisian Taklimat yang diberikan oleh pihak JPP Sabah ialah Pengenalan kepada sistem pembetungan, Latar Belakang JPP Sabah, perkongsian kerjaya di JPP Sabah dan tayangan video ringkasan berkenaan dengan penyampaian taklimat telah diberikan. Di akhir taklimat, kami telah menyediakan soalan-soalan Kuiz dan memberikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab kuiz. Melalui program ini kami telah mencapai visi dan misi kami dan berharap agar para pelajar dan guru-guru dapat sedikit sebanyak informasi mengenai Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah dan segala fungsinya.
wpChatIcon
wpChatIcon

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content