Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yang mengendalikan aset jabatan. Antara pengisian utama adalah penerangan mengenai kaedah pelupusan aset yang sistematik dan selaras dengan peraturan kewangan semasa, serta cadangan penambahbaikan struktur jawatankuasa bagi memperkukuh tadbir urus pengurusan aset.
Bagi menguji kefahaman peserta terhadap kandungan ceramah, sesi interaktif turut diadakan melalui permainan kuiz atas talian menggunakan aplikasi Kahoot!. Selain itu, peserta juga diberi peluang mengikuti sesi amali penggunaan Sistem S2A bagi memastikan pemahaman yang lebih jelas dan praktikal.
Semoga kursus ini dapat meningkatkan kompetensi warga jabatan dalam pengurusan aset yang lebih cekap, telus dan berintegriti.