Laman Sesawang Rasmi

SABAH SEWERAGE SERVICE DEPARTMENT

Kursus Pra-Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah

Program ini diadakan sebagai persediaan awal kepada kakitangan lantikan baharu agar lebih memahami peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Sepanjang kursus, para peserta telah diberikan pendedahan menyeluruh berkaitan asas perkhidmatan awam serta fungsian setiap bahagian dalam jabatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan profesional. Turut menjayakan program ini ialah perkongsian daripada agensi-agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) serta Arkib Negeri Sabah (Arkib). Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh menjadi asas kukuh dalam membentuk warga JPP Sabah yang berprestasi tinggi, berintegriti dan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat
wpChatIcon
wpChatIcon

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content