Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sandakan yang diketuai oleh Jurutera Pembetungan Bahagian (JPB) Sandakan, Tuan Ts. Aljeff Vynderson, dengan penuh rasa sukacita dan setinggi-tinggi penghargaan merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan kerja Timbalan Ketua Menteri I / Merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Yang Berhormat Datuk Limus Jury, Setiausaha Usaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ridhwan Roger Linus bersama rombongan ke Tapak Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan, Batu 3 Sandakan.
Selain itu, JPP Sandakan turut merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Tuan Ir. Ts. Alvin Garry Rasion; Timbalan Pengarah Sektor Operasi dan Senggara, Tuan Ir. Ts. Mohd. Nadzree bin Imran; Timbalan Pengarah Sektor Kawalselia dan Kelestarian, Tuan Ts. Garry Maclean John; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Awam, Tuan Mohd. Haniff bin Arshad; serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Elektrikal, Puan Ts. Siti Faezan Noor binti Mohamad Noor, yang telah sudi bersama-sama menjayakan lawatan kerja tersebut berlangsung.
Merujuk kepada lawatan berkenaan, JPP Sandakan telah diberi kesempatan untuk menerangkan secara ringkas berkaitan pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan ini kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya dan Utiliti serta rombongan. Lawatan tersebut turut merangkumi sesi perbincangan dan pertukaran pandangan dua hala antara JPP Sabah dan pihak kementerian berkaitan status kemajuan projek, isu serta perancangan pembangunan infrastruktur pembetungan, khususnya bagi Daerah Sandakan.