Laman Sesawang Rasmi

SABAH SEWERAGE SERVICE DEPARTMENT

Bahagian Ibu Pejabat

Fungsi-fungsi Bahagian di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah

  • Mengurus, melaksana dan memantau pelaksanaan semua Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam serta arahan, pekeliling dan dasar jabatan.

 

  • Merancang strategik keperluan sumber manusia jangka panjang dan jangka pendek mengikut visi dan misi organisasi

 

  • Memastikan pengurusan personnel dijalankan dengan cekap dan berkesan. Mengurus pelanjutan percubaan, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen, pemangkuan jawatan, tanggungan kerja, kenaikan pangkat, tindakan tatatertib, penilaian prestasi, penempatan, peperiksaan perkhidmatan, pelantikan semula selepas bersara, pelantikan kontrak, persaraan

 

  • Menjalankan analisis keperluan seminar/latihan/kursus/peperiksaan dan memastikan pelaksanaan seminar/latihan/kursus/peperiksaan.

 

  • Menguruskan dan memastikan permohonan kemudahan kebajikan kakitangan termasuk cuti menunaikan fardhu haji, gantian cuti rehat, kemudahan rawatan, kemudahan bantuan jenazah, pinjaman perumahan dapat diproses sehingga selesai dan lancar.

 

  • Memastikan pengurusan fail rekod jabatan terjaga dan dikemaskini.

 

  • Bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi-fungsi unit media untuk semua aktiviti/majlis rasmi/tidak rasmi jabatan

 

  • Mengemaskini cuti semua pegawai (cuti tahunan, cuti sakit, cuti tanpa rekod, gantian cuti rehat dan pelulus cuti bagi pegawai di JPP Sabah)
  • Memproses bayaran kontrak dan bayaran am di bawah kod jabatan 137 – JPPS (untuk kerja-kerja Vot Bekalan (S), Vot Pembangunan (D) dan Vot Amanah (K)

 

  • Membantu memantau pengurusan kewangan yang berkaitan dengan Vot dan Pembangunan jabatan.

 

  • Memproses baucer-baucer jurnal yang berkaitan bagi tujuan pelarasan ataupun bayaran kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 

  • Terima wang awam bagi tujuan bayaran apa jua hasil yang diterima oleh JPP Sabah selain daripada caj pembetungan

 

  • Membuat penyesuaian perbelanjaan berdasarkan Vot yang diproses pada setiap bulan dan menghantar penyata Penyesuaian dibawah vot S dan D kepada Kementerian dan Jabatan yang berkaitan.

 

  • Memproses bayaran gaji bulanan melalui Sistem Gaji Pusat S55 dan Vot terbuka K81

 

  • Membuat segala laporan dan Pengesahan Baki Akaun Persekutuan kepada Kementerian dan Jabatan yang berkaitan.

 

  • Membantu memantau pengurusan kewangan yang berkaitan dengan vot dan pembangunan jabatan, penerimaan hasil am dan vot persekutuan jabatan.
  • Mengenalpasti keperluan & keutamaan projek dan menyediakan bajet pembangunan untuk 5 tahun dan secara tahunan.

 

  • Menguruskan hal-hal berkaitan Penilaian Impak Alam Sekeliling untuk projek dan aset pembetungan termasuk koordinasi dengan Jabatan Alam Sekitar.

 

  • Penyediaan Kertas-Kertas Kerja Jabatan seperti Pinjaman Persekutuan, JPPN, ASP Dll

 

  • Memantau, Mengurus, menyediakan dan menyelaraskan perbelanjaan peruntukan JPP (D33, S55 & Dll)

 

  • Menguruskan hal-hal berkaitan isu tanah bagi pembangunan projek pembetungan yang baru dan bagi aset yang diambilalih daripada PBT.

 

  • Memantau/Meneliti cadangan pelan-pelan pembangunan yang melibatkan pembetungan di seluruh Negeri Sabah agar selaras dengan polisi, halatuju dan dasar kerajaan.

 

  • Mengurus, menyediakan dan menyelaraskan kerja-kerja rekabentuk dan penyediaan dokumen tender.

 

  • Khidmat Pelanggan Dan Pengaduan Awam
  • Mengurus, menyediakan dan menyelaraskan kerja-kerja pelan induk, rekabentuk dan penyediaan dokumen tender sehingga semua permintaan yang wajar terhadap perkhidmatan pembetungan memuaskan.

 

  • Mengurus, menyelaras dan mengkaji perancangan strategik bagi pembuangan, pelupusan dan kaedah rawatan enapcemar.

 

  • Menentukan standard dan spesifikasi dan menetapkan kod amalan bagi perancangan, rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penggunaan dan penyenggaraan sistem pembetungan.

 

  • Mengurus, menyediakan dan menyelaraskan kerja-kerja merancang, pelan strategik, penyediaan T.O.R, penilaian perunding dan unjuran peruntukkan.

 

  • Selepas berunding dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, menyediakan pelan struktur yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembetungan baru dan menaiktaraf mana-mana sistem pembetungan sedia ada.

 

  • Memberikan khidmat nasihat, ulasan dan kelulusan rekabentuk awam pembetungan termasuk pelan pembangunan kepada bahagian lain dalam dan luar Jabatan.

 

  • Menjalankan kerja-kerja reka bentuk dalaman bagi projek kecil.

 

  • Menguruskan hal-hal berkaitan isu tanah bagi projek pembetungan yang baru.
  • Menyelaras dan memantau prestasi pelaksanaan fizikal dan kewangan projek dalam pembinaan.

 

  • Menyemak permohonan perubahan kerja bagi kerja-kerja yang terlibat adalah seperti yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Teknikal VO.

 

  • Memeriksa keperluan unjuran kewangan projek berdasarkan program pelaksanaan bagi projek di bawah pinjaman persekutuan dan biayaan negeri. Objektif adalah bagi memastikan bajet setiap projek adalah mengikut keperluan dan dapat dibelanjakan sekurang-kurangnya 95% dan ke atas.

 

  • Menjalankan pemeriksaan interim bagi setiap projek dengan mengadakan lawatan tapak bagi memastikan spesifikasi rekabentuk dipatuhi.

 

  • Membuat Pemeriksaan Prestasi Projek Siap, menyediakan analisa dan laporan pemeriksaan tersebut bagi semua projek siap. Membentangkan laporan dalam jawatankuasa berkenaan. Objektif bagi mendapatkan maklumat dari segi kepatuhan SOR dalam mengikut kehendak SOP Jabatan yang telah disediakan.

 

  • Memastikan edaran Laporan Kemajuan, Laporan Kesihatan dan Keselamatan, Laporan Pengurusan Trafik telah dikemukakan kepada agensi berkenaan.

 

  • Menyediakan analisa laporan audit serta mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan. Membentangkan laporan audit dalam jawatankuasa berkenaan.

 

  • Memastikan prestasi projek dalam laporan sentiasa dikemaskini mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
  • Merancang, mengurus dan memantau pengendalian dan memantau pengendalian dan penyelenggaraan fasiliti pembetungan di daerah.

 

  • Memberi nasihat teknikal kepada Jurutera di daerah berkenaan dengan pengesyoran pengeluaran ‘OC’ sesuatu pembangunan Pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

 

  • Memberi Ulasan pembetungan dalam Pelan Pembangunan.

 

  • Menambahbaik prosidur kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di daerah agar perkhidmatan pembetungan dapat ditingkatkan dan berkesan.

 

  • Menyemak dan meluluskan cadangan skop kerja pembaikan yang dikemukakan oleh Jurutera di daerah sebelum dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan dan Bajet untuk penyaluran peruntukan bagi kerja-kerja sivil.

 

  • Memeriksa laporan CCTV paip pembetungan dan memberi ulasan terhadap laporan tersebut.

 

  • Mengenal pasti dan membuat kajian terperinci berkenaan kaedah pembinaan dan pembaikan paip pembetungan terkini yang menggunakan kaedah ‘Trenchless’.

 

  • Menyediakan anggaran peruntukan bagi projek-projek membaikpulih fasiliti pembetungan untuk dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan dan Bajet.
  • Merancang & Mengurus Rekabentuk Kejuruteraan Elektrik JPP Sabah Seperti : 
    1. Sistem Power & Lighting
    2. Sistem Panel Kawalan Elektrik
    3. Sistem Intrumentasi Elektrik
    4. Sistem SCADA & Telemetri
    5. Sistem Janakuasa Tunggu Sedia
    6. Sistem Voltan Tinggi HV/LV
    7. Sistem Pagar Elektrik

 

  • Mengenalpasti Aplikasi Teknologi Hijau Dalam Industri Pengurusan Sisa Kumbahan Dengan Penggunaan Alatan & Teknologi Cekap Tenaga

 

  • Menyelaras Dan Memantau Prestasi Pelaksanaan Fizikal Dan Kewangan Projek Elektrik Dalam Pembinaan

 

  • Mengurus Sistem Voltan Rendah Kawalan Automasi & Instrumentasi Agar Sistem Beroperasi Dengan Baik Bagi Melicin Operasi Sistem Pembetungan & Mengelak Dari Limpahan Kumbahan Ke Persekitaran Serta Aduan Awam.

 

  • Mengurus Sistem SCADA & Telemetri Agar Beroperasi Dengan Baik Bagi Melancarkan Proses Rawatan Kumbahan Secara Teratur.

 

  • Memastikan Sistem ICT & ELV Diselenggara Dengan Baik Bagi Meningkatkan Jangka Hayat Peralatan.

 

  • Mengurus Janakuasa Tunggi Sedia Agar Beroperasi Semasa Ketiadaan Bekalan Elektrik

 

  • Memastikan Pagar Keselamatan Elektrik Sentiasa Beroperasi Bagi Mengelakkan Kecurian Peralatan M&E Sistem Pembetungan
  • Membantu dalam pembangunan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan, sistem kerja yang selamat dan kajian semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan

 

  • Membuat lawatan dan audit KKP seperti pemeriksaan tempat kerja dan membuat cadangan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil

 

  • Mengurus aset-aset jabatan yang melibatkan pembelian, pemantauan penyelenggaraan , penambahbaikan, dan pelupusan aset yang sudah uzur atau tidak digunakan.

 

  • Menyusun aset-aset jabatan dalam bentuk yang mudah diuruskan, termasuk penyusunan rekod, inventori, dan sistem pengurusan aset.

 

  • Menyelia dan mengurus perkara mengenai pengurusan kenderaan jabatan melibatkan sewaan, pembelian, penyelanggaraan, penambahbaikan dan pelupusan kenderaan kerajaan.

 

  • Membangunkan polisi dan prosedur pengurusan kenderaan yang berkesan, termasuk garis panduan untuk penggunaan, penyelenggaraan dan pemindahan kenderaan kerajaan.

 

  • Menyemak dan membalas permohonan pelan pembangunan dan pelan-pelan lain (DP & BP) berdasarkan garis panduan, akta dan undang-undang semasa

 

  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan bagi mengumpulkan data dan maklumat yang berkaitan dengan matlamat jabatan
  • Memantau keberfungsian bagi setiap aset loji olahan kumbahan di seluruh Sabah.

 

  • Menjalankan audit dalaman ke atas operasi loji olahan kumbahan di seluruh Sabah

 

  • Menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya di peringkat operasi loji rawatan kumbahan.

 

  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan alam sekitar kepada kakitangan JPP Sabah dan agensi luar.

 

  • Meneliti cadangan rekabentuk sistem pembetungan yang dikemukakan oleh juruperunding/pemaju dan memberi ulasan terhadapnya agar mematuhi garispanduan, akta dan peraturan yang ditetapkan.

 

  • Menjalankan pemeriksaan perantara dan terakhir ke atas sistem pembetungan untuk bahagian proses rawatan dan makmal sebelum membuat pengesyoran untuk pengambilalihan aset/ pengeluaran sijil perakuan siap.

 

  • Menjalankan kajian in-house untuk menyelidik isu-isu berkaitan pembetungan dan meningkatan kecekapan operasi sistem pembetungan sedia ada.

 

  • Meneliti kertas cadangan produk bagi sistem rawatan kumbahan yang dikemukakan oleh syarikat swasta
  • Mewujudkan Jawatankuasa Pembukaan Sebutharga yang terdiri daripada panel-panel yang dilantik untuk menganalisa Sebutharga.

  • Memastikan tender yang akan dipelawa mengikut kelas dan had kos yang telah ditetapkan.

  • Menganalisa permohonan rundingan terus berdasarkan permohonan yang diterima daripada Kementerian kewangan Negeri Sabah

  • Memberi khidmat nasihat dari segi kontrak berkaitan kelambatan dan lanjutan masa

  • Menyediakan Dokumen Tender untuk dijual kepada Kontraktor.

  • Menyediakan Dokumen Kontrak yang lengkap bersama Borang -Borang yang wajib disertakan dan lampiran-lampiran yang telah ditetapkan.

  • Mengemaskini kandungan serta harga dalam Schedule of Rate (SOR) bagi memudahkan setiap bahagian untuk membuat rujukan harga terkini

  • Membuat kajian bagi andaian yang boleh digunapakai semasa merancang projek
wpChatIcon
wpChatIcon

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content