Latihan intensif di lapangan bagi 18 lantikan baru pembantu awam di JPP Sabah dijalankan pada aset pembetungan sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang sebelum ditempatkan ke daerah. Latihan selama 3 bulan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada skop kerja sebenar di lapangan iaitu kerja 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) dan kepentingan pemakaian PPE untuk mengurangkan risiko kemalangan semasa bekerja dan menjaga kesihatan diri.