Februari 25, 2024 11:21 pm

Laman Sesawang Rasmi

JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH

Bahagian Ibu Pejabat

Fungsi-fungsi Bahagian di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah

  1. Menguruskan Pengurusan Pentadbiran dan Pembangunan Organisasi JPP Sabah.

  2. Mengendali, mengelola dan mengenalpasti keperluan latihan, kursus, ceramah, seminar dan bengkel untuk pegawai dan kakitangan dalam usaha untuk memperkasakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan termasuklah peperiksaan kompetensi perkhidmatan/KPSL.

  3. Memelihara, menyelenggara dan mengemaskini data-data seperti bahan cetak, gambar, rencana, pekeliling serta menyebar maklumat kepada pegawai, kakitangan dan orang awam melalui pameran, media elektronik dan cetak serta risalah.

  4. Merancang dan mengurus keperluan dan keceriaan pejabat

  1. Menyediakan Penyata Tahunan Kewangan dan laporan Pengendalian dan Penyenggaraan Kumpulan Wang Amanah untuk dihantar ke Kementerian Kewangan Sabah.

  2. Mengakaun Pengendalian dan Penyelenggaraan Kumpulan Wang Amanah, Bekalan S55 dan Vot Pembangunan D33.

  3. Memastikan semua hasil Kerajaan dikutip, diambilkira serta perbelanjaan dan bayaran balik dibuat berpandukan kepada Arahan Perbendaharaan dan lain-lain Peraturan Kewangan yang ada dan didokumentasikan dengan betul.

  4. Memproses dan membayar gaji (termasuk tunggakan dan elaun) pada tarikh yang ditetapkan pada jadual pembayaran yang disediakan oleh Jabatan Bendahari Negeri.

  5. Memproses dan menyemak kesemua baucar bayaran melalui sistem-sistem kewangan (Sistem S3P, E-Kontrak) sebelum dihantar ke Jabatan Bendahari Negeri dan Jabatan Mengakaun Sendiri (JKR) untuk proses pembayaran dan penyediaan cek.

  6. Memproses permohonan untuk Pinjaman Kenderaan, Komputer dan Pendahuluan Diri.

  7. Memastikan sistem perakaunan di JPP Sabah adalah cekap, mencukupi dan mematuhi prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

  8. Menyediakan akaun bulanan untuk perbelanjaan, dan kutipan tunai bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah ke Jabatan Bendahari Negeri untuk disatukan ke Akaun Utama Jabatan Bendahari Negeri.

  9. Menyediakan anggaran tahunan untuk :-

i. Perbelanjaan bekalan di bawah vot S55.

ii. Perbelanjaan dan hasil di bawah Kumpulan Wang Amanah K81, Pengendalian dan Penyelenggaraan Sistem Pembetungan di Negeri Sabah.

  1. Membuat permohonan peruntukan tambahan atau viremen apabila diperlukan.

  1. Memantau dan koordinasi hal-hal berkaitan isu tanah bagi pembangunan projek pembetungan yang baru dan bagi aset yang diambil alih daripada PBT.

  2. Memantau dan koordinasi hal-hal berkaitan Penilaian Impak Alam Sekeliling untuk projek dan aset pembetungan termasuk koordinasi dengan Jabatan Alam Sekitar.

  3. Memantau/Meneliti cadangan pelan-pelan pembangunan yang melibatkan pembetungan di seluruh Negeri Sabah agar selaras dengan polisi, halatuju dan dasar kerajaan.

  4. Memantau, menyelaras dan koordinasi kerja-kerja rekabentuk dan penyediaan dokumen tender.

  5. Pemantauan Projek-Projek Sakit dan Bermasalah.

  6. Mengenalpasti keperluan & keutamaan projek dan menyediakan bajet pembangunan untuk 5 tahun dan secara tahunan.

  7. Mengurus, menyediakan dan menyelaraskan Jawatankuasa-Jawatankuasa dan program-program JPP Sabah.

  8. Memantau, mengurus, menyedia dan menyelaras perbelanjaan JPP Sabah termasuk penyediaan serta penyaluran waran peruntukan (D33, S55 & dll).

  9. Penyediaan Kertas-Kertas Kerja Jabatan seperti Pinjaman Persekutuan, JPPN, ASP Dll.

  10. Mengurus khidmat pelanggan, korporat dan media bagi JPP.

  11. Mengurus Aktiviti-Aktiviti Rasmi JPP Sabah.

  1. Mengurus, menyediakan dan menyelaraskan kerja-kerja merancang, Pelan Induk, rekabentuk dan penyediaan dokumen tender sehingga semua permintaan yang wajar terhadap perkhidmatan pembetungan memuaskan.

  2. Menguruskan hal-hal berkaitan isu tanah bagi projek pembetungan yang baru.

  3. Merancang dan melaksanakan program pembangunan kerjaya untuk warga Jabatan melalui pendaftaran sebagai jurutera profesional bertauliah.

  4. Selepas berunding dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, menyediakan pelan struktur yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembetungan baru dan menaiktaraf mana-mana sistem pembetungan sedia ada.

  5. Memastikan rekabentuk sistem pembetungan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa di bawah agensi kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan yang berkaitan.

  6. Memberikan khidmat nasihat, ulasan dan kelulusan rekabentuk awam pembetungan termasuk pelan pembangunan kepada bahagian lain dalam dan luar Jabatan.

  7. Mengurus, menyelaras dan mengkaji perancangan strategik bagi pembuangan, pelupusan dan kaedah rawatan enapcemar.

  8. Menentukan standard dan spesifikasi dan menetapkan kod amalan bagi perancangan, rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penggunaan dan penyenggaraan sistem pembetungan.

  1. Merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembetungan di Negeri Sabah.

  2. Menyelaras pengurusan projek di antara pegawai penguasa projek, pelanggan, agensi Kerajaan dan swasta.

  3. Mengkaji dan menyediakan prosedur kerja, ujian dan pemeriksaan projek bagi menjaga piawaian, kualiti dan memenuhi syarat kontrak.

  4. Mengurus dan memantau perbelanjaan kewangan projek pembinaan.

  5. Memberi khidmat nasihat bagi perkara-perkara teknikal projek.

  1. Merancang, mengurus dan memantau pengendalian dan penyelengaraan fasiliti pembetungan.

  2. Memberi khidmat nasihat berkenaan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan fasiliti pembetungan.

  3. Melaksanakan audit prestasi O&M ke atas fasiliti pembetungan.

  4. Memberi nasihat teknikal berkenaan pengambil alihan fasiliti pembetungan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pemaju.

  5. Menerima dan mengambil alih projek-projek yang telah mendapat pentauliahan untuk kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan.

  6. Menerima dan mengambil alih fasiliti pembetungan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pemaju yang telah mendapat pentauliahan untuk kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan.

  7. Menyediakan anggaran peruntukan bagi projek-projek membaikpulih fasiliti pembetungan untuk dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan dan Bajet.

  1. Perkhidmatan Perundingan Teknikal Kejuruteraan Elektrik

    • Merancang dan mengurus rekabentuk pembangunan kejuruteraan elektrik sistem pembetungan.

    • Memberi khidmat nasihat kejuruteraan elektrik sistem pembetungan terhadap cadangan pelan pembangunan.

    • Menyediakan garis panduan serta spesifikasi yang mengikut piawaian semasa bagi kejuruteraan elektrik sistem pembetungan.

  1. Penyelidikan & Pembangunan Elektrik

    • Mengenalpasti aplikasi teknologi hijau dalam industri pengurusan sisa kumbahan dengan penggunaan alatan & teknologi cekap tenaga.

    • Mengenalpasti teknologi digital dalam revolusi industri dengan penggunaan siber-fizikal seperti M2M serta IoT.

  1. Pengurusan Projek Kejuruteraan Elektrik

    • Mengawal selia pemasangan elektrik bagi projek pembangunan mengikut rekabentuk, standard serta spesifikasi termasuk kerja-kerja pengujian dan pentauliahan.

  1. Pengurusan Fasiliti Aset Elektrik

    • Menyelaras pengurusan aset elektrik dengan melaksanakan pendaftaran aset elektrik serta memantau penggunaan utiliti.

    • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan operasi dan penyelenggaraan bagi pemasangan elektrik supaya berfungsi dengan baik dan sempurna dari segi kefungsian dan keselamatan teknikal.

    • Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan secara berkala bagi peralatan elektrik.

  1. Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia

    • Merancang latihan elektrik bagi mewujudkan kakitangan jabatan yang kompeten dan berpengetahuan.

  1. Merekabentuk sistem perkhidmatan Mekanikal untuk projek pembetungan.

  2. Menyelia & menyelaras serta memantau semua aktiviti Mekanikal di peringkat pembinaan projek pembetungan termasuk kerja-kerja pengujian dan pentauliahan.

  3. Menyelia, menyelaras dan memantau kerja-kerja operasi dan senggaraan loji yang melibatkan peralatan Mekanikal.

  4. Memberikan khidmat nasihat, ulasan dan kelulusan rekabentuk Mekanikal termasuk pelan pembangunan kepada bahagian lain dalam dan luar Jabatan.

  5. Mengenalpasti aplikasi hijau, mesra alam, penjimatan tenaga dalam sistem Mekanikal.

  6. Mengurus hal-hal berkaitan kenderaan dan loji di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah.

  7. Bertanggungjawab terhadap peralatan Mekanikal lain seperti Sistem Penghawa Dingin, Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Paip dalam bangunan dan di premis pembetungan.

  8. Memberikan latihan mekanikal bagi mewujudkan kakitangan Jabatan yang kompeten dan berpengatahuan.

  9. Menyediakan kadar harga kelengkapan mekanikal untuk tujuan anggaran Jabatan.

  10. Menyelaras pengurusan aset mekanikal.

  1. Meneliti dan mengulas cadangan rekabentuk sistem pembetungan dari segi proses rawatan serta memeriksa kualiti kerja pembetungan untuk bahagian proses dan makmal agar ia mematuhi spesifikasi, garis panduan, akta dan peraturan yang ditetapkan.

  2. Menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan pembetungan serta di peringkat operasi loji olahan kumbahan.

  3. Merancang dan memantau pelaksanaan program pemantauan prestasi loji, program analisis makmal, program penyelenggaraan peralatan pemantauan prestasi, aktiviti pelupusan enapcemar dan sisa bahan kimia.

  4. Merancang dan menjalankan program penyelidikan secara in-house dan secara kerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan, syarikat swasta dan agensi kerajaan lain demi menyediakan perkhidmatan pembetungan yang lebih cekap dan inovatif.

  1. Meneliti dan mengulas cadangan rekabentuk sistem pembetungan dari segi proses rawatan serta memeriksa kualiti kerja pembetungan untuk bahagian proses dan makmal agar ia mematuhi spesifikasi, garis panduan, akta dan peraturan yang ditetapkan.

  2. Menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan pembetungan serta di peringkat operasi loji olahan kumbahan.

  3. Merancang dan memantau pelaksanaan program pemantauan prestasi loji, program analisis makmal, program penyelenggaraan peralatan pemantauan prestasi, aktiviti pelupusan enapcemar dan sisa bahan kimia.

  4. Merancang dan menjalankan program penyelidikan secara in-house dan secara kerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan, syarikat swasta dan agensi kerajaan lain demi menyediakan perkhidmatan pembetungan yang lebih cekap dan inovatif.

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content