April 28, 2024 3:03 pm

Laman Sesawang Rasmi

JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH

Utusan Pengarah

Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan objektif untuk menyediakan pengurusan air sisa secara bersepadu untuk Negeri Sabah. Laman Web Rasmi ini mengandungi maklumat teknikal dan juga senarai bahan-bahan rujukan yang berkaitan industri pembetungan. Kami berharap Laman Web Rasmi ini dapat berfungsi sebagai saluran komunikasi di antara Jabatan ini dengan orang awam untuk mendapatkan maklumat atau rujukan terkini mengenai sistem pembetungan awam di Sabah.

Kami mengalu-alukan sebarang ulasan dan cadangan untuk memberikan perkhidmatan terbaik di media maya.

Keadaan sistem pembetungan di Negeri Sabah ini masih lagi ditahap yang tidak memberangsangkan. Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua pengguna pembetungan supaya bekerjasama dengan JPP Sabah dalam pemuliharaan dan penjagaan aset pembetungan seperti Pam Stesen, Loji Rawatan Kumbahan, paip dan lurang pembetungan. Hentikan Vandalisme seperti pembuangan sampah, minyak, lemak dan gris ke dalam sistem pembetungan.

Sebagai pengguna sistem pembetungan, kita tidak mahu kesumbatan dan limpahan kumbahan berlaku di tandas, di lurang dan paip pembetungan. Kita mestilah berubah menjadi pengguna yang bertanggungjawab, berdisiplin dan akhirnya layak dipanggil pengguna yang berminda kelas pertama. Bersama-samalah kita menjadi pengguna yang peka terhadap kebersihan persekitaran, sumber air dan mengutamakan kesihatan awam.

Sekian Terima Kasih

Ts. Jennieve Peter

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah

Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

Skip to content