Satu lawatan telah diadakan dimana rombongan JPP Sabah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi dan Senggara telah berkunjung ke Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) Sipitang pada 26 Februari 2025. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk perkongsian pengalaman dari segi pengurusan loji rawatan air sisa dan teknologi-teknologi sistem yang dikendalikan oleh pihak PCFSSB.