Tarikh : 24 januari 2025.
Masa : 9:00 pagi sehingga selesai
Tempat : Jalan Apas.
Objektif : - Lawatan pemantauan aset pembetungan ini dijalankan untuk memastikan keadaan dan prestasi sistem pembetungan sentiasa dalam keadaan baik serta memenuhi piawaian yang ditetapkan. YB Datuk IR Shahelmey Yahyah Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah telah meneliti dan menilai infrastruktur, mengenalpasti sebarang isu yang perlu ditangani, serta merancang langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan kelancaran operasi sistem pembetungan demi kesejahteraan masyarakat