April 29, 2024 2:49 am

Laman Sesawang Rasmi

JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH

Latar Belakang

"We complete the water cycle"

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Negeri Sabah (JPP Sabah) merupakan salah satu agensi kerajaan negeri dibawah Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah. Pada masa ini JPP Sabah berfungsi dibawah Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 bertujuan mengawal selia sisa kumbahan domestik bagi Negeri Sabah.
Terdapat sebanyak 340 loji rawatan kumbahan dengan jumlah kapasiti 992,602PE, 237 stesen pam, 11 kolam oksidasi dengan jumlah kapasiti 86,955PE dan 656,684 meter panjang rangkaian paip pembetungan beroperasi diseluruh negeri sabah dan dianggar sebanyak 780,000 meter padu efluen air sisa terawat dilepaskan setiap hari bagi melindungi kesihatan awam, sumber air dan alam sekitar.

Sejarah

Pada tahun 1980, Hydraulic Branch di bawah Public Works Department ditubuhkan bagi mengurus kejuruteraan sistem pembetungan. Pada tahun 1995, ia dinamakan sebagai Cawangan Latihan & Perkhidmatan Teknikal. Cawangan Pembetungan telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2005, ia merupakan salah satu daripada cawangan di Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui penstrukturan baru yang telah dilaksanakan oleh mantan Pengarah Kerja Raya iaitu Datuk Ir Anjin Hj. Ajik. Beliau telah melantik Ir Paul Thien Su On sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) yang pertama bagi menerajui cawangan ini.
Penubuhan cawangan ini adalah bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri Sabah melalui pembangunan sistem pembetungan yang bersesuaian dan moden bagi menjaga alam sekitar daripada tercemar, secara tidak langsung ia dapat membantu melindungi sumber air dan meningkatkan taraf kesihatan awam.
Ketua Penolong Pengarah yang kedua adalah Ir Edward Lingkapo yang telah dilantik dari tahun 2011 sehingga 2018. Cawangan Pembetungan telah berkembang di bawah pimpinan Ketua Penolong Pengarah ini dan kini mempunyai jawatan baru diperkenalkan iaitu Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrikal dan Jurutera Kimia serta operator pembetungan, di mana jawatan ini adalah diperlukan bagi meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan pembetungan. Pada tahun 2015, kesemua aset pembetungan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah juga telah diambil alih secara berperingkat oleh Jabatan Kerja Raya melalui Cawangan Pembetungan. Langkah ini selaras dengan hala tuju bagi perkhidmatan pembetungan dikawal selia di bawah satu Agensi/Jabatan.
Ketua Penolong Pengarah yang ketiga adalah Puan Jennieve Peter yang telah dilantik dari tahun 2018 sehingga 2019. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah JPP Sabah pada Januari 2020 dan seterusnya JPP Sabah ditubuhkan selaras dengan kelulusan Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 23 November 2017.

  • Visi

    Ke arah perkhidmatan pembetungan yang mampan, untuk melindungi kesihatan awam, sumber air dan alam sekitar

  • Misi

    Untuk Menaiktaraf Pembangunan Sosio-Ekonomi Dengan Menyediakan Prasarana Fizikal Yang Teguh Dan Mantap melalui:-

    1. Kemudahan-kemudahan pembetungan.

    2. Pengurusan operasi dan penyelenggaraan aset pembetungan.

    Objektif Jabatan

    Memberi tumpuan kepada pembangunan kemudahan pembetungan yang efektif , efisien dan bersesuaian

    Memastikan aset pembetungan sentiasa berfungsi dan memberi perkhidmatan yang cekap

    Meningkatkan taraf kesihatan awam dan kualiti alam sekitar melalui perkhidmatan dan pengurusan pembetungan yang sistematik

    Menguatkuasa dan memantau pematuhan Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017

    Piagam Pelanggan

    Piagam Pelanggan JPP Sabah merupakan satu bentuk komitmen bertulis jabatan terhadap penyampaian sesuatu perkhidmatannya kepada pelanggan secara terbuka, jelas dan telus.

    1. Perbelanjaan

    Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada peruntukan tahunan dibelanjakan

    2. Projek

    Memastikan pelaksanaan projek mengikut kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

    3. Permohonan

    Memproses permohonan pelan pembangunan dalam tempoh 30 hari bekerja

    4. Aduan

    Memastikan maklum balas terhadap aduan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja

     

    Fungsi

    Pembangunan

    Pembangunan

    Merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan insfrastruktur pembetungan

    Kejuruteraan

    Kejuruteraan

    Mengawal rekabentuk dan kualiti pembinaan projek yang dilaksanakan agar mematuhi spesifikasi dan piawaian​

    Operasi

    Operasi

    Merancang, mengurus dan memantau pengendalian dan penyelenggaraan aset pembetungan JPP Sabah​

    Khidmat Nasihat

    Khidmat Nasihat

    Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan pembetungan kepada agensi kerajaan dan swasta​

    Perbelanjaan

    Perbelanjaan

    Merancang dan mengawal perbelanjaan agar dana dapat digunakan dengan efektif​

    Hasil

    Hasil

    Mengutip caj perkhidmatan pembetungan dan seterusnya menjana hasil kepada Kerajaan Negeri​

    Tanggungjawab

    Pautan Pantas Laman Kerajaan Negeri Sabah

    Skip to content