Announcement
Kursus berkaitan penggunaan Sistem Aset Alih S2A dan pengurusan pelupusan aset jabatan telah berlangsung dengan penyampaian oleh tenaga penceramah dari Kementerian Kewangan Sabah
Kursus berkaitan penggunaan Sistem Aset Alih S2A dan pengurusan pelupusan aset jabatan telah berlangsung dengan penyampaian oleh tenaga penceramah dari Kementerian Kewangan Sabah
Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yang mengendalikan aset jabatan. Antara pengisian utama adalah penerangan mengenai kaedah pelupusan aset yang sistematik dan selaras dengan peraturan kewangan semasa, serta cadangan penambahbaikan struktur jawatankuasa bagi memperkukuh tadbir urus pengurusan aset.
Bagi menguji kefahaman peserta terhadap kandungan ceramah, sesi interaktif turut diadakan melalui permainan kuiz atas talian menggunakan aplikasi Kahoot!. Selain itu, peserta juga diberi peluang mengikuti sesi amali penggunaan Sistem S2A bagi memastikan pemahaman yang lebih jelas dan praktikal.
Semoga kursus ini dapat meningkatkan kompetensi warga jabatan dalam pengurusan aset yang lebih cekap, telus dan berintegriti.
Kursus Pra-Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah
Kursus Pra-Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah
Program ini diadakan sebagai persediaan awal kepada kakitangan lantikan baharu agar lebih memahami peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Sepanjang kursus, para peserta telah diberikan pendedahan menyeluruh berkaitan asas perkhidmatan awam serta fungsian setiap bahagian dalam jabatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan profesional.
Turut menjayakan program ini ialah perkongsian daripada agensi-agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) serta Arkib Negeri Sabah (Arkib).
Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh menjadi asas kukuh dalam membentuk warga JPP Sabah yang berprestasi tinggi, berintegriti dan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya dan Utiliti ke Tapak Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan, Batu 3 Sandakan pada 09 Februari 2026
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya dan Utiliti ke Tapak Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan, Batu 3 Sandakan pada 09 Februari 2026
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sandakan yang diketuai oleh Jurutera Pembetungan Bahagian (JPB) Sandakan, Tuan Ts. Aljeff Vynderson, dengan penuh rasa sukacita dan setinggi-tinggi penghargaan merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan kerja Timbalan Ketua Menteri I / Merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Yang Berhormat Datuk Limus Jury, Setiausaha Usaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ridhwan Roger Linus bersama rombongan ke Tapak Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan, Batu 3 Sandakan.
Selain itu, JPP Sandakan turut merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Tuan Ir. Ts. Alvin Garry Rasion; Timbalan Pengarah Sektor Operasi dan Senggara, Tuan Ir. Ts. Mohd. Nadzree bin Imran; Timbalan Pengarah Sektor Kawalselia dan Kelestarian, Tuan Ts. Garry Maclean John; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Awam, Tuan Mohd. Haniff bin Arshad; serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Elektrikal, Puan Ts. Siti Faezan Noor binti Mohamad Noor, yang telah sudi bersama-sama menjayakan lawatan kerja tersebut berlangsung.
Merujuk kepada lawatan berkenaan, JPP Sandakan telah diberi kesempatan untuk menerangkan secara ringkas berkaitan pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan ini kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya dan Utiliti serta rombongan. Lawatan tersebut turut merangkumi sesi perbincangan dan pertukaran pandangan dua hala antara JPP Sabah dan pihak kementerian berkaitan status kemajuan projek, isu serta perancangan pembangunan infrastruktur pembetungan, khususnya bagi Daerah Sandakan.
SESI LIBAT URUS PEMINDAHAN PEMILIKAN TANAH REZAB PEMBETUNGAN
SESI LIBAT URUS PEMINDAHAN PEMILIKAN TANAH REZAB PEMBETUNGAN
Satu sesi libat urus berkaitan Pemindahan Pemilikan Tanah kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPP Sabah) sebagai Pemegang Amanah Tanah Rezab Pembetungan telah diadakan pada 27 Januari 2026 (Selasa), bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, bertempat di Grand Hall, Tingkat 2, Tower C, Wisma Tun Fuad Stephens.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Perkhidmatan Pembetungan Sabah, bertujuan memperkukuh kefahaman, penyelarasan serta kerjasama antara agensi berkaitan dalam memastikan pengurusan dan pemilikan tanah rezab pembetungan dilaksanakan secara teratur, berkesan dan mematuhi peruntukan yang ditetapkan.
Program Goal Setting Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah dan Lawatan ke IWK Labuan telah diadakan pada 15–17 Januari 2026 bertempat di Palm Beach Resort, Labuan
Program Goal Setting Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah dan Lawatan ke IWK Labuan telah diadakan pada 15–17 Januari 2026 bertempat di Palm Beach Resort, Labuan
Program Goal Setting Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah dan Lawatan ke IWK Labuan telah diadakan pada 15–17 Januari 2026 bertempat di Palm Beach Resort, Labuan, bertujuan untuk memperkukuh hala tuju organisasi, menyelaraskan matlamat kerja serta meningkatkan kefahaman dan komitmen kakitangan terhadap perancangan strategik jabatan. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Ridhwan Linus @ Roger Linus, serta turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri KKR&U, Dr. Bonaventure Boniface.
Sebagai pengisian program, pada 17 Januari 2026 turut diadakan lawatan ke Indah Water Konsortium (IWK) Labuan yang memfokuskan kepada topik-topik berkaitan caj pembetungan, merangkumi perkongsian amalan, kaedah pelaksanaan serta isu-isu berkaitan pengurusan caj pembetungan. Lawatan ini diharap dapat memberi input berguna dalam menyokong pelaksanaan tugas dan perancangan kerja JPP Sabah secara lebih berkesan
Notice
Notis Makluman Pengenalan Caj Perkhidmatan Pembetungan
20/05/2025
Tender
KOTA KINABALU
REPAIR OF SEWAGE PUMPS FOR LOJI RAWATAN KUMBAHAN TAMAN UTARA GUDON, KOTA KINABALU
JPP/HQ/KK/26/MO014(S)